SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

Negeri Sabah merupakan antara salah satu negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang agak tinggi terutama di kawasan pedalaman. Oleh itu, Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah telah diadakan bagi membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat Sabah yang memerlukan.

Gerakan untuk mengesan rakyat yang berkelayakan akan dilakukan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melakukan pantauan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apakah SYUKUR Sabah? Sila teruskan pembacaan sehingga ke bawah untuk mengetahui info-info serta maklumat terkini dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN MYSALAM

PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT

Nama lain bagi program ini adalah SYUKUR yang diluluskan oleh Kabinet Negeri, dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Mekanisme program SYUKUR ini adalah di mana ketua isi rumah (KIR) miskin dan miskin tegar di Sabah akan mendapat bantuan bulanan sebanyak RM300 secara bulanan dan berperingkat setiap suku tahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Bantuan ini mempunyai beberapa syarat yang perlu ada pada penerima bantuan iaitu:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH

Kerajaan Negeri Sabah telah pun mengumumkan tarikh rasmi untuk penyaluran bantuan iaitu bermula pada:

BANTUANTARIKH BAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan telah mula disalurkan bermula
17 Februari 2025, Isnin

Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama.

Catatan : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Setiap penerima yang berkelayakan akan disalurkan bantuan berjumlah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900.

Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan.

SEMAKAN STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH

Rakyat yang menepati semua syarat kelayakan dan berstatus miskin dan miskin tegar eKasih adalah layak untuk menerima bantuan. Rujuk panduan dibawah untuk membuat semakan:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

5 thoughts on “SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS BAYARAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)”

  1. Assalualaikum Tuan/Puan,
    Saya bernama Nally binti jhulabrie telah pun membuat semakan melalui link eKasih. Saya ingin bertanya bagaimana cara untuk membuat tuntutan bantuan tersebut, kerana dalam link tersebut tidak ada menyatakan no akaun bank dan hanya ada nama saya sahaja.

    Sekian dan terima kasih.

    Reply

Leave a Comment