SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)

Dalam menuju arus kemodenan kini, kos sara hidup yang semakin meningkat telah banyak memberi impak yang serius kepada rakyat terutama golongan miskin dan miskin tegar.

Akur dengan keadaan semasa, Kerajaan Negeri Sabah telah mengeluarkan dana peruntukan sebanyak RM358.5 juta untuk membantu rakyatnya yang tengah dilanda kegawatan ekonomi.

Bagaimanakah semakan bayaran bantuan Sabah? Ikuti info-info dan maklumat yang akan diberitahu dibawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN MYSALAM

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Rakyat Sabah yang mempunyai kriteria berikut adalah layak untuk menerima bantuan ini:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH

Pembayaran bantuan adalah secara bulanan dan akan bermula pada:

BANTUANTARIKH BAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan telah mula disalurkan pada
17 Februari 2025, Isnin

Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama.

Catatan: Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Kerajaan Sabah telah mengeluarkan sejumlah dana peruntukan khas untuk rakyat Sabah. Setiap penerima akan mendapat kadar bantuan sebanyak:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900.

Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SABAH

Penerima yang berstatus lulus sahaja yang akan mendapat manfaat bantuan ini. Semakan boleh dibuat seperti panduan berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  2. Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
  4. Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
  5. Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

1 thought on “SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SENTUHAN KASIH RAKYAT (RM900)”

Leave a Comment