SEMAKAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH 2025 : CHECK STATUS ONLINE LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (RM900)
Pelbagai program bantuan telah dilancarkan bagi membantu mengurangkan jurang kemiskinan yang dialami oleh rakyat Sabah terutama di kawasan pedalaman.
Kerajaan Negeri Sabah amat komited dalam membantu rakyat mereka untuk menangani krisis kewangan yang dialami serta mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dengan mengeluarkan peruntukan dana sebanyaka RM358.5 juta untuk tujuan ini.
Bagaimanakah semakan Sentuhan Kasih Rakyat? Ikuti penjelasan berikut bagi mengetahui info-info terkini dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN MYSALAM
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Kriteria berikut perlu ada pada penerima bantuan Sabah ini:
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH
Penyaluran bantuan secara bulanan dan berperingkat akan bermula pada tarikh berikut:
BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Bantuan telah mula disalurkan pada 17 Februari 2025, Isnin Seramai 100,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan ini bagi Fasa Pertama. |
Catatan : Tarikh bayaran pada bulan seterusnya akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.
JUMLAH BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan adalah berjumlah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | Pembayaran untuk Fasa Pertama akan disalurkan sekaligus untuk tempoh 3 bulan iaitu sebanyak RM900. Pada bulan seterusnya, bayaran akan diberikan secara bulanan iaitu sebanyak RM300 sebulan. |
SEMAKAN STATUS SENTUHAN KASIH RAKYAT
Penerima yang berstatus miskin dan miskin tegar eKasih adalah berkelayakan untuk menerima bantuan ini. Semakan status boleh dibuat berpandukan langkah dibawah:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
RUJUKAN
Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah: https://sabah.gov.my/
Terbaik dari penerima