SEMAKAN MYSALAM : 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Skim Perlindungan Masyarakat MySalam merupakan skim takaful perlindungan kesihatan percuma dimana perlindungan takaful diberikan kepada individu yang layak menerusi Tabung Amanah MySalam.
Kerajaan mensasarkan pelancaran sebuah skim pelindungan kesihatan sosial ini adalah untuk membantu golongan miskin yang menghadapi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Bagaimanakah semakan MySalam? Ikuti penjelasan dibawah bagi ketahui info serta maklumat selanjutnya.
BACA JUGA: BANTUAN SARA HIDUP 2025
APAKAH SKIM MYSALAM
Kerajaan telah mewujudkan satu inisiatif bagi membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
Inisiatif tersebut merupakan perlindungan takaful dengan menyediakan pembayaran tunai bagi yang didiagnosis dengan 45 penyakit kritikal atau salah satu daripadanya. Selain itu, pembayaran tunai sebanyak RM50 sehari juga disediakan bagi tujuan hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Kerajaan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2025 bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025 dan bersetuju untuk diperluas bagi meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis
MANFAAT SKIM MYSALAM
Terdapat dua manfaat melalui skim perlindungan takaful MySalam ini:
- Manfaat Hospitalisasi
- Penerima MySalam yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan, Hospital Universiti, atau Hospital Angkatan Tentera, LAYAK untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari (Terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun).
- Manfaat Penyakit Kritikal
- Penerima MySalam yang disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di MySalam boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 daripada MySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali dalam seumur hidup.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Kelayakan bagi penerima MySalam ini adalah seperti berikut:
- Penerima bantuan progran khas kerajaan
- Penerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Menepati kategori umur yang ditetapkan
- Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Catatan: Secara automatik semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam.
KAEDAH SEMAKAN MYSALAM 2025
Semakan kelayakan Skim MySalam ini mempunyai dua kaedah seperti berikut:
- Secara Atas Talian (Online) melalui laman rasmi MySalam; atau
- Melalui kiriman Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon yang dikemaskini dalam permohonan bantuan kerajaan (STR/BR1M/BSH/BPR/BKM).
SEMAKAN SKIM MYSALAM 2025 ONLINE
Panduan dibawah merupakan cara semakan kelayakan sebagai penerima Skim MySalam melalui laman rasmi:
- Sila layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
- Selesai.
TARIKH TUNTUTAN MYSALAM 2025
Penerima boleh mula membuat semakan dan tuntutan skim MySalam 2025 ini bermula:
PERKARA | TARIKH TUNTUTAN |
---|---|
Skim Perlindungan MySalam | 8 Februari 2025 |
CARA MEMBUAT TUNTUTAN MYSALAM
Tuntutan skim MySalam 2025 ini boleh dibuat untuk dua jenis tuntutan seperti yang ditunjukkan dibawah:
- Tuntutan Penyakit Kritikal
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor]
- Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor]
- Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
- Tuntutan Perlindungan Hospitalisasi (Ward)
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
ANGGARAN MASA PROSES TUNTUTAN
Pemprosesan kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal boleh mengambil masa sehingga 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Sekiranya dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, proses akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda. Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
RUJUKAN
Pihak kami disini sekadar berkongsi informasi serta maklumat terkini bagi memudahkan jangkauan pengguna. Sekiranya terdapat sebarang persoalan berkaitan skim MySalam ini. boleh rujuk kepada pihak berwajib dibawah:
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938