JUMLAH BAYARAN STR 2026 : SEMAK STATUS FASA 3

JUMLAH BAYARAN STR 2026 : SEMAK STATUS FASA 3

Beberapa perubahan telah dilakukan untuk bantuan STR sesi 2026 apabila meneliti bantuan STR 2025 yang telah banyak membantu rakyat dalam meringankan beban sara hidup mereka.

Kerajaan amat mengharapkan dengan perubahan baharu yang diberikan ini mampu menampung serba sedikit kos perbelanjaan rakyat.

Berapakah jumlah bayarasn STR 2026? Ikuti penjelasan berikut mengenai bantuan kerajaan ini.

BACA JUGA: CHECK SAMAN

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 3 2026

Pihak kerajaan sehingga kini belum mengumumkan tarikh rasmi bayaran STR 2026 bagi Fasa 3. Sebarang perkembangan akan kami maklumkan segera di sini.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026

Jumlah bayaran STR 2026 bagi Fasa 3 adalah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR 2026
(FASA 3)
Isi Rumah berpendapatan
RM2,500 dan ke bawah
Bakal Diumumkan
Isi Rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang

KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Berikut syarat kelayakan yang dikenakan untuk menjadi penerima STR 2026:

  • Isi Rumah
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berkahwin (ada atau tiada anak);
    3. Ibu / bapa tunggal (ada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    5. Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 sebulan (M40).
  • Warga Emas
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang
    1. Warganegara Malaysia;
    2. Had umur 21 hingga 59 tahun / umur bujang OKU 19 tahun dan ke atas;
    3. Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak yang menepati syarat);
    4. Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
    5. Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.

CARA DAFTAR AKAUN BAHARU MYSTR 2026

Berikut cara daftar akaun baharu MySTR 2026:

  1. Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
  3. Tekan butang (LOG MASUK).
  4. Isi No Kad Pengenalan anda.
  5. Klik butang (Semak).
  6. Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
  7. Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
  8. Isi No Kad Pengenalan anda.
  9. Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
  10. Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
  11. Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
  12. Klik (Sahkan Akaun Saya).
  13. Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
  14. Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
  15. Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
  16. Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
  17. Tekan butang (Seterusnya).
  18. Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
  19. Kemudian, klik (Daftar Akaun).
  20. Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
  21. Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
  22. Selesai.

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 3 2026

Rujuk panduan semak status kelayakan STR 2026 bagi Fasa 3 di bawah:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan Str
    • Jumlah Telah Dibayar
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
    • Status Kelayakan SARA
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah:
    • Perubahan Maklumat Permohonan
    • Cetak Permohonan
    • Semakan Permohonan
    • Kemas Kini Maklumat Asas
    • Tukar Kata Laluan
    • Maklumbalas
    • Peti Mel
  12. Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan dibayar secara berperingkat seperti tarikh di bawah:

PERINGKATTARIKH BAYARAN STR 2026
Fasa 120 Januari 2026
Fasa 210 Mac 2026
Fasa 3Bakal Diumumkan
Fasa 4

JUMLAH BANTUAN STR 2026 DISALURKAN

Jumlah bantuan STR 2026 yang disalurkan adalah:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
STR 2026 DISALURKAN
Isi Rumah B40 0 anak : RM700
1 – 2 anak : RM1,200
3 – 4 anak : RM1,700
5 & ke atas : RM2,200
Isi Rumah M40 0 anak : RM200
1 – 2 anak : RM450
3 – 4 anak : RM700
5 & ke atas : RM950
Warga Emas
(Tiada pasangan)
RM600
Bujang

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR

Bantuan STR akan disampaikan menerusi dua kaedah penyaluran berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN

Semua maklumat serta info yang disenaraikan dalam artikel ini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai mengenai cara melakukan permohonan bantuan STR yang baharu bagi sesi 2026. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah serta soalan berkaitan permohonan STR, sila rujuk pihak berwajib di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment