SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 1) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025 : (FASA 1) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Beberapa bantuan yang diberikan oleh kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan persekolahan adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Bantuan STR adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Hal ini merujuk kepada tujuan utama bantuan ini diwujudkan adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi.

Bagaimanakah Sumbangan Tunai Rahmah 2025? Sila ikuti maklumat dan info di bawah bagi ketahui lebih lanjut.

BACA JUGA: SEMAKAN SARA FASA 1 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Pemohon boleh memohon bantuan STR 2025 ini sekiranya memenuhi semua kategori kelayakan yang telah disenaraikan di bawah:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk juga OKU berumur
19 tahun dan ke atas yang mana masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian
Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak /
tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai
individu bujang.

KADAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI KELAYAKANKADAR SUMBANGAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
da Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 600

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini
berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila telah dihebahkan.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Seterusnya, pemohon boleh membuat semakan status permohonan bagi bantuan STR 2025 menerusi online seperti berikut:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna.

Untuk penjelasan lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Leave a Comment