SEMAKAN SARA FASA 1 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)

SEMAKAN SARA FASA 1 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)

Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya SARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Pelaksanaan program ini telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih
2025.

Bagaimanakah semakan SARA fasa 1? Ikuti info dan maklumat di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.

BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA FASA 1 2025

Senarai di bawah merupakan semua syarat kelayakan yang harus ada pada penerima bantuan SARA 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BANTUAN (RM)
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH KEMASUKAN BAYARAN SARA

Seterusnya, pembayaran bantuan SARA fasa 1 2025 adalah secara ansuran serta berperingkat mengikut negeri seperti rajah di bawah:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS SARA FASA 1

Setelah itu, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti
berikut :

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:

1 thought on “SEMAKAN SARA FASA 1 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)”

Leave a Comment