SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 : (FASA 1) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Baru-baru ini dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada mengumumkan bahawa peruntukan bantuan telah dinaikkan kepada RM13 bilion bagi STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih), berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Beliau menambah lagi kenyataan bahawa inisiatif bantuan ini akan disalurkan kepada sembilan juta penerima yang mana mewakili sekitar 60 peratus penduduk dewasa di Malaysia.
Bagaimanakah Sumbangan Asas Rahmah 2025? Anda boleh ikuti info dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan yang perlu ada pada penerima bantuan SARA 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Jumlah bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025 bagi setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Seterusnya, pembayaran bantuan SARA 2025 adalah secara ansuran serta berperingkat
mengikut negeri seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Kemudiannya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh membuat semakan di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]