SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2025 : (FASA 1) SEMAK STATUS
Berdasarkan Belanjawan 2025, Kerajaan memaklumkan akan berikan kadar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan peningkatan tertinggi pada iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding tahun 2024 hanya RM10 bilion.
Hal ini membuatkan rakyat amat tertunggu-tertunggu akan menjelangnya tahun 2025 yang akan tiba tidak lama lagi. Kerajaan juga mengharapkan dengan bantuan yang disalurkan ini dapat membantu rakyat jelata dalam menguruskan belanja dan ekonomi hidup masing-masing.
Bagaimanakah semakan pembayaran STR 2025? Ikuti penulisan di bawah untuk mengetahui info dan maklumat lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 (RM100 SETIAP BULAN)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Senarai di bawah merupakan kriteria yang perlu ada pada pemohon bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025.
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Jumlah bayaran STR 2025 yang akan diterima mengikut kategori yang diluluskan adalah seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | JUMLAH BAYARAN STR |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah RM 600 | RM 600 |
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN STR
Kaedah pengagihan bayaran STR 2025 bagi penerima bantuan yang berstatus lulus pula adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima:
- Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
- Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.
SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2025
Bakal penerima atau pemohon yang ingin membuat semakan boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat ini bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.