STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Program bantuan yang dilancarkan oleh kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah 2025 merupakan sebahagian daripada inisiatif Bantuan Rahmah bagi membantu golongan yang memerlukan, terutamanya golongan B40 dan M40.
Bantuan ini mempunyai objektif iaitu untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan ekoran berlakunya inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
Bagaimanakah STR fasa 2 2025? Ikuti penjelasan dibawah bagi ketahui info dan maklumat dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: LESEN PERCUMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2025
Beberapa syarat kelayakan ada dikenakan kepada penerima supaya manfaat yang diberi akan disalurkan kepada yang betul-betul berkelayakan sahaja. Syaratnya adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 2 2025
Penerima boleh membuat semakan secara dalam talian dengan menuruti panduan dibawah:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Sekiranya anda terlupa dan ingin kemaskini kata laluan, sila ikuti panduan dibawah:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
Pengkreditan bantuan STR 2025 adalah seperti berikut:
FASA BAYARAN | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | STR Fasa 2 dijangka akan disalurkan pada 3 April 2025. Sekiranya terdapat sebarang perubahan mengenai tarikh rasmi akan kami kemaskini dari semasa ke semasa. |
Catatan: Pemohon yang belum mengemas kini permohonan selama 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini bagi permohonan STR 2025.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Jumlah bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah untuk fasa 2 tahun 2025 ini masih belum diumumkan. Sebarang hebahan maklumat terkini akan kami kemaskini kelak.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN
Sumbangan ini akan disalurkan dengan kaedah berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan |
Tiada Akaun Bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan) | Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
salam SY NK buat semakan status sy