E KASIH 2025 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Merujuk kepada Belanjawan 2025, telah berlakunya peningkatan dalam jumlah penyaluran bantuan STR dan SARA iaitu daripada RM 10 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM 13 bilion pada tahun ini.
Penyaluran bantuan akan disalurkan kira-kira sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita.
Bagaimanakah e Kasih 2025 semakan? Ikuti penjelasan berikut untuk ketahui maklumat lanjut dengan lebih mendalam.
BACA JUGA: STR FASA 2 2025
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
Penerima bantuan mestilah yang mempunyai semua kriteria seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN E KASIH 2025
Setiap kategori akan disalurkan jumlah bantuan yang telah ditetapkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | BAYARAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | BAYARAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025 (RM) |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN
Bantuan yang disalurkan adalah secara bulanan. Tarikh rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: 15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA E KASIH 2025
Status penerima boleh disemak secara dalam talian dengan menuruti panduan dibawah:
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]