BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pada tahun ini, kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM2,100 kepada isi rumah miskin dan miskin tegar berbanding RM1,200 pada tahun lepas.

Penambahbaikan ini merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan bantuan STR dan SARA dalam Belanjawan 2025 ke tahap paling tinggi setakat ini.

Bagaimanakah bantuan beli barang dapur? Anda boleh ikuti maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: LESEN PERCUMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Beberapa syarat dibawah adalah perlu ada pada penerima itu sendiri:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN BELI BARANG DAPUR

Nilai bantuan bagi setiap kategori telah ditetapkan untuk penerima. Rajah dibawah menunjukkan jumlah bantuan yang diterima:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Rajah dibawah adalah untuk rujukan mengenai tarikh penyaluran bantuan:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENYALURAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN BELI BARANG DAPUR 2025

Panduan dibawah adalah cara untuk membuat semakan status penerima secara dalam talian:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment