LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Merujuk kepada Belanjawan 2025, program MYLESEN B2 yang pernah dilancarkan oleh kerajaan sebelum ini masih akan diteruskan untuk tahun ini.

Hal ini dilanjutkan kerana kerajaan mengharapkan agar melalui program ini dapat membantu golongan belia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan lesen dan sekaligus mengurangkan pemandu tidak berlesen di atas jalan raya.

Bagaimanakah lesen percuma? Ikuti selanjutnya untuk ketahui dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: BANTUAN SKAS SARAWAK 2025

APA ITU BANTUAN LESEN

Kerajaan telah melancarkan satu inisiatif berbentuk program iaitu Program Bantuan MYLESEN B2 kepada golongan belia B40 yang kurang berkemampuan.

Program ini menawarkan kos yuran, latihan, amali, dan ujian yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan supaya mereka mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal) tanpa sebarang bayaran.

KATEGORI LESEN YANG DITAWARKAN

Kerajaan akan menanggung kos untuk mendapatkan lesen yang berada dalam kategori berikut iaitu:

JENIS BANTUANKATEGORI LESEN
Lesen Memandu Percuma
(MyLESEN B2)
Lesen Memandu Motosikal (B2)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA

Golongan belia yang berkelayakan dan memenuhi syarat dibawah sahaja yang akan mendapat manfaat daripada bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

CARA PERMOHONAN LESEN PERCUMA B2

Langkah-langkah berikut adalah perlu dituruti untuk membuat permohonan:

  1. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  2. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  3. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan, Keputusan Ujian Saringan Kesihatan, dan Gambar Pasport.
  4. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan hantar borang tersebut.
  5. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  6. Selesai.

Catatan: Kuota permohonan adalah terhad mengikut kuota yang telah ditetapkan.

TARIKH PERMOHONAN LESEN PERCUMA B2 2025 DIBUKA

Jangkaan program akan berlangsung adalah pada bulan Februari sehingga Oktober 2025. Setakat ini, tarikh rasmi masih belum diumumkan dan pendaftaran akan dibuka sehingga kuota yang ditetapkan telah penuh.

Setiap negeri mempunyai tarikh permohonan yang berbeza. Para pemohon harus menyemak Portal Rasmi JPJ dari semasa ke semasa bagi mengetahui permohonan di negeri masing-masing dan tidak terlepas mendapatkan peluang untuk bantuan lesen percuma 2025.

Setakat ini, JPJ belum lagi mengumumkan jumlah kuota yang disediakan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini oleh setiap negeri masing-masing.

BORANG LESEN PERCUMA B2 2025

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan seperti berikut:

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Permohonan ini haruslah disertakan dengan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Gambar Berukuran Pasport Terkini.
  • Keputusan Ujian Saringan Kesihatan.

MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM

Berikut merupakan beberapa maklumat yang pemohon perlu tahu mengenai program:

  • Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
  • Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini berhubung soalan dan pertanyaan lanjut mengenai program. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) yang berdekatan dengan kediaman.

1 thought on “LESEN PERCUMA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA”

Leave a Comment