SEMAKAN STR FASA 1 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA
Program bantuan STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan satu inisiatif di bawah Payung Rahmah yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam menghadapi beban kos hidup pada masa kini, khususnya terhadap golongan B40 dan M40.
Bantuan ini diberikan kepada golongan miskin tegar dalam bentuk pembayaran bulanan. STR bukan sahaja membantu memenuhi keperluan asas harian tetapi juga menjadi pelindung kewangan terhadap kegawatan ekonomi yang mencabar.
Bagaimanakah semakan STR fasa 1? Ikuti info dan panduan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Antara kategori syarat kelayakan yang perlu ada pada penerima STR 2025 adalah seperti berikut:
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
SEMAK JUMLAH BAYARAN STR
Kemudian, kadar jumlah bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk setiap kategori adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1 2025
Sehingga kini, kenyataan mengenai tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak media Kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus sahaja pengumuman dihebahkan.
SEMAKAN STATUS STR FASA 1
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah 2025 fasa 1.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
Selain itu, anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]