PEMBAYARAN STR 2025 : (FASA 1) SEMAKAN STATUS
Seperti yang telah diumumkan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM13 bilion untuk program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Ini merupakan jumlah
peruntukan tertinggi setakat ini untuk program bantuan tunai di Malaysia.
Sasaran program ini adalah untuk membantu kira-kira 9 juta rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah pembayaran STR 2025? Ikuti info serta maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA: EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS
SYARAT KELAYAKAN STR 2025
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan yang perlu ada pada penerima STR 2025. Antara kategori syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN STR 2025 FASA 1
Seterusnya, jumlah bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk setiap kategori adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2025
Sehingga kini, kenyataan mengenai tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum dikeluarkan oleh pihak media Kerajaan Malaysia.
Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini sejurus sahaja pengumuman dihebahkan.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025
Berikut di bawah merupakan langkah-langkah untuk membuat semakan status STR 2025 fasa 1:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Sekiranya anda terlupa kata laluan dan ingin set semula, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dituruti:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
Selain itu, anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]