LOG MASUK STR HASIL (BANTUAN FASA 1 2025 SEMAKAN)
Penerima bantuan STR boleh mula menuntut wang untuk Fasa 1 2025 sekiranya berstatus lulus. Untuk Fasa 1 ini, tarikh pengagihan bermula pada 22 Januari 2025 (telah dikemaskini setelah pengumuman rasmi). Namun, sebarang pindaan akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan secara rasmi dari semasa ke semasa. Sekiranya pemohon gagal menerima bantuan STR, anda boleh cuba untuk memohon rayuan pula. Portal rasmi telah dibuat khas oleh pihak LHDN bagi memudahkan urusan orang ramai untuk mengetahui hebahan semasa.
Bagaimanakah log masuk STR HASIL? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PERJALANAN (LHDN & IMIGRESEN)
LOG MASUK STR HASIL
Pemohon boleh logIn portal rasmi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada bila-bila masa untuk semakan kelayakan dan pengemaskinian maklumat. Berikut merupakan cara log masuk portal STR:
- Layari portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman Utama Rasmi STR akan dipaparkan pada skrin.
- Masukkan nombor kad pengenalan untuk login.
- Kemudian, tekan butang [Log Masuk].
- Pemohon berjaya login STR.
- Selesai.
SEMAKAN STR HASIL
Setelah berjaya log masuk ke portal STR, pemohon boleh mula menyemak status kelulusan Fasa 1 serta bayarannya seperti di bawah:
- Pemohon berjaya log masuk STR.
- Paparan [SEMAK STATUS] akan ditunjukkan.
- Seterusnya, pemohon perlu dipaparkan dengan kata kunci keselamatan. Tekan [Ya] sekiranya kata kunci keselamatan adalah milik pemohon.
- Pemohon perlu mengisi kata laluan dan seterusnya menekan [Log Masuk].
- Sila klik [Semakan Permohonan].
- Kemudian, pemohon perlu memerhatikan pada [Maklumat Pembayaran].
- Pemohon akan dipaparkan dengan maklumat di bawah:
- Tarikh Kredit.
- No. Pengenalan Akaun Dikredit.
- Nama Penerima.
- Fasa Pembayaran.
- Jumlah Dikredit.
- Status Kredit.
- Nama Bank dan No akaun.
- Selesai.
Proses kemas kini maklumat juga boleh dibuat apabila login masuk STR Hasil. Pemohon yang perlu mengemaskini maklumat ialah:
- Tidak mengemaskini permohonan 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023.
- Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.
RUJUKAN
Semua info dirujuk oleh pautan rasmi LHDN. Sebarang masalah atau maklumat lanjut mengenai STR, boleh rujuk pihak berkuasa di:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel Rasmi : [email protected]