SEMAKAN SARA RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

SEMAKAN SARA RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Berikutan daripada penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ( STR), kerajaan Malaysia telah melancarkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai inisiatif untuk terus meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Setiap bentuk bantuan mempunyai syarat dan cara penerimaan yang berbeza. Oleh itu, penting bagi penerima untuk mengetahui cara semakan status mereka bagi memastikan bantuan yang diterima adalah tepat dan mengikut kelayakan.

Bagaimanakah semakan SARA Rahmah? Ikuti info dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)

SYARAT KELAYAKAN SARA RAHMAH

Bantuan ini diberikan kepada penerima yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2024.
  • Bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Kategori penerima termasuk isi rumah, warga emas, dan bujang.

TARIKH DAN KAEDAH BAYARAN

Pembayaran Bantuan SARA Rahmah ini adalah bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan berperingkat iaitu mungkin mengambil masa selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh yang dinyatakan tersebut.

Terdapat dua kaedah pengagihan Bantuan SARA:

  1. Agihan secara tunai: Di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi
    penerima tanpa akaun bank.
  2. Agihan ke dalam akaun bank: Bantuan akan dimasukkan ke akaun bank penerima atau
    akaun bank pasangan penerima.

Penerima digalakkan untuk memastikan maklumat akaun bank mereka adalah terkini dalam sistem MySTR bagi mengelakkan sebarang masalah tergendala pembayaran.

KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Senarai di bawah merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA yang akan disalurkan secara one-off
mengikut kelayakan setiap penerima:

  1. Kelayakan Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan : RM300;
    • Isi Rumah Tunggal : RM300.
  2. Kelayakan Bujang :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
    • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.

SEMAKAN SARA RAHMAH

Penerima yang ingin membuat semakan boleh menyemak status kelulusan dengan menuruti panduan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang soalan ataupun pertanyaan anda boleh terus berjumpa pihak yang berkuasa di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan anda. Ataupun boleh juga hubungi di talian bantuan SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

2 thoughts on “SEMAKAN SARA RAHMAH ONE OFF 2024 (RM300/RM150)”

  1. Assalam. Saya tak terima apa2 bantuan kerana menurut LHDM tak payah daftar sebab nama saya sudah ada. Saya ibu tunggal selama 17tahun. Tolong saya merayu check nama saya dalam semua bantuan kerajaan yang sata tidak terima.

    Reply

Leave a Comment