BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH : ONE OFF 2024 (RM300/RM150)

Menerusi laman rasmi STR, pembayaran Bantuan SARA One Off 2024 adalah bermula pada 9 Disember
2024, Isnin dan secara berperingkat kemungkinan selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh yang dinyatakan tersebut.

Bantuan tunai tambahan yang dibayar secara one-off (sekaligus) ini akan disalurkan terhadap kategori Isi Rumah dan juga kategori Bujang serta Warga Emas Tiada Pasangan.

Apakah bantuan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti maklumat dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STATUS STR 2025 (CHECK PENERIMA BAYARAN)

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Program Sumbangan Aas Rahmah (SARA) merupakan program yang ditambah baik oleh kerajaan sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup pada abad kini. Program ini yang telah dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024 dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Bantuan STR 2024;
  • Kategori Isi Rumah/ Warga Emas/ Bujang;
  • Bukan Penerima SARA secara ansur setiap bulan atau dua kali setahun;
  • Tiada dalam rekod data e-Kasih 2024; dan
  • Bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar.

JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF

Pembayaran jumlah bantuan SARA One Off ini adalah mengikut kadar seperti berikut :

  1. Kelayakan Isi Rumah :
    • Isi Rumah Berpasangan : RM300;
    • Isi Rumah Tunggal : RM300.
  2. Kelayakan Bujang :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
    • Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.

KAEDAH PEMBAYARAN SARA ONE OFF 2024

Pengagihan bayaran akan dilakukan secara berperingkat melalui akaun bank penerima. Terdapat dua kaedah pengagihan Bantuan SARA:

  1. Agihan secara tunai: Di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tanpa akaun bank.
  2. Agihan ke dalam akaun bank: Bantuan akan dimasukkan ke akaun bank penerima atau akaun bank pasangan penerima.

Penerima digalakkan untuk memastikan maklumat akaun bank mereka adalah terkini di sistem MySTR bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran.

SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Anda digalakkan membuat semakan status bagi memastikan anda menerima bantuan mengikut kategori yang betul. Sila turuti panduan di bawah.

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment