SEMAK SARA BUKAN EKASIH ONE OFF (RM300/RM150)
Merujuk kepada laman rasmi STR, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan tunai tambahan secara one-off berjumlah RM300 terhadap kategori Isi Rumah dan RM150 bagi kategori Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan. Bantuan tambahan ini menunjukkan keselarasan dengan keprihatinan kerajaan MADANI dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Bagaimanakah semak sara bukan ekasih? Sila ikuti dan baca info serta panduan di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS STR 2025 (CHECK PENERIMA BAYARAN)
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Tarikh 9 Disember 2024 (Isnin) bermulanya pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) dan berperingkat kemungkinan selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh yang dinyatakan tersebut.
Bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’ boleh tuntut wang secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat manakala bagi penerima mempunyai akaun bank yang aktif pula boleh menunggu bayaran SARA sehingga dimasukkan.
KADAR BAYARAN BANTUAN
Jumlah kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah One Off mengikut kategori adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah:
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan (Ada atau tiada anak) | RM 300 |
Isi Rumah Tunggal (Ada anak) | RM 300 |
- Kategori Bujang:
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN |
---|---|
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
Bujang (Umur 60 tahun ke atas) | RM 150 |
SYARAT KELAYAKAN SARA BUKAN EKASIH
Individu yang memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah adalah yang layak menerima bayaran Bantuan SARA One Off:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Bantuan STR 2024;
- Kategori Isi Rumah/ Warga Emas/ Bujang;
- Bukan Penerima SARA secara ansur setiap bulan atau dua kali setahun;
- Tiada dalam rekod data e-Kasih 2024; dan
- Bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar.
SEMAK SARA BUKAN EKASIH
Penerima bantuan yang ingin menyemak duit daripada Bantuan SARA telah dimasukkan atau belum, anda boleh membuat semakan status pada pautan di bawah:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
Saya nak semak adakah saya layak
Adakah layak
Terima