SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)
Berdasarkan Bajet 2025 yang telah dibentangkan sebelum ini, kerajaan telah memperuntukkan peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana melibatkan dana sebanyak RM 13 biliion berbanding RM 10 bilion sebelum ini. Pembaharuan ini bakal memberi manfaat kepada 9 juta penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Rakyat berstatus bujang juga tidak terkecuali untuk menikmati peningkatan sumbangan ini.
Bagaimanakah semakan STR bujang 2025? Ikuti langkah dan panduan di bawah.
BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL (BANTUAN FASA 1 2025 SEMAKAN)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Isi rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
JUMLAH BANTUAN STR BUJANG 2025
Seterusnya, jumlah bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2025 untuk setiap kategori adalah seperti rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1000 Anak 1-2 : RM 1500 Anak 3-4 : RM 2000 5 dan keatas: RM 2500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
SEMAKAN STR BUJANG
Semakan bagi status bantuan STR 2025 Fasa 1 secara online boleh dilakukan seperti berikut:
- Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, sebarang maklumat terkini mengenai tarikh rasmi bayaran bantuan kami akan kemaskini apabila dihebahkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat terkini tentang bantuan kerajaan Malaysia bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Selain itu, anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL: 1-800-88-2747
Hotline STR Hasil: 03-8882 4565/03-8882 4566
e-Mel: [email protected]