SEMAKAN SARA ONE OFF 300 (BAYARAN BANTUAN)
Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan bahawa penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah disahkan layak menerima bantuan akan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 secara one-off (sekali gus). Anggaran seramai 3.5 juta penerima akan mendapat manfaat dari bantuan ini.
Bagaimanakah semakan SARA One Off 300? Sila ikuti panduan di bawah untuk mengetahui info lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN SARA 2024 SEMAKAN (ONE OFF RM300/RM150)
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 300
Penerima bantuan SARA One Off ini mestilah memenuhi semua syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024.
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal.
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Bukan dalam kumpulan Miskin atau Miskin Tegar dalam data e-Kasih.
KADAR BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Kadar bayaran bagi Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 ini adalah seperti kategori berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan & Bujang | RM 150 |
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Media massa daripada pihak kerajaan telah menghebahkan bahawa bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR. Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat kepada penerima melalui beberapa kaedah.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN
Pembayaran wang Sumbangan Asas Rahmah secara One Off ini akan dilakukan menggunakan dua kaedah iaitu:
- Agihan secara tunai: Di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tanpa akaun bank.
- Agihan ke dalam akaun bank: Bantuan akan dimasukkan ke akaun bank penerima atau akaun bank pasangan penerima.
SEMAKAN SARA ONE OFF 300
Ekoran kenyataan daripada Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, bantuan SARA ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima yang lulus STR 2024. Oleh itu, semakan status kelulusan untuk bantuan ini boleh dilakukan seperti berikut:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan untuk diutarakan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan Malaysia yang
terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]