SEMAKAN SARA ONE OFF 2024 (CHECK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150)

SEMAKAN SARA ONE OFF 2024 (CHECK BAYARAN BANTUAN RM300/RM150)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan yang diumumkan kerajaan untuk meringankan beban golongan isi rumah, warga emas, dan bujang yang layak. Bantuan ini disalurkan secara tunai atau one-off (sekaligus) kepada penerima yang layak.

Program subsidi ini telah ditambah baik oleh Kerajaan dan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.

Bagaimanakah semakan SARA One Off 2024? Ikuti info dan maklumat rujukan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Penerima bantuan SARA One Off 2024 ini mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2024.
  • Bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Kategori penerima termasuk isi rumah, warga emas, dan bujang.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2024

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR. Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat melalui akaun bank penerima. Bagi penerima yang tanpa akaun bank, pengagihan secara tunai dilakukan di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Penerima digalakkan untuk memastikan maklumat akaun bank mereka adalah terkini di sistem MySTR bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran.

JUMLAH BANTUAN SARA 2024

Kadar jumlah bagi bantuan ini akan dibahagikan mengikut kategori penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN (RM)
Isi Rumah300
Warga Emas tanpa pasangan150
Bujang150

SEMAKAN SARA ONE OFF 2024

Turuti langkah berikut untuk menyemak status bayaran SARA One-Off:

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

Sila pastikan maklumat yang anda masukkan adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa menyemak.

RUJUKAN

Sebarang soalan ataupun pertanyaan anda boleh terus berjumpa pihak yang berkuasa di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan anda. Selain itu, anda boleh juga hubungi di talian bantuan SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

Leave a Comment