BANTUAN SARA 2024 SEMAKAN (ONE OFF RM300/RM150)

BANTUAN SARA 2024 SEMAKAN (ONE OFF RM300/RM150)

TERKINI! Berita gembira kepada rakyat Malaysia bahawasanya Kerajaan MADANI telah mengumumkan akan menyalurkan bantuan tunai tambahan secara one-off kepada 8 juta penerima STR yang berstatus lulus.

Bagaimanakah bantuan sara 2024 semakan? Panduan lengkap boleh rujuk di sini.

Baca juga : SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BANTUAN ONE OFF).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2024 ONE OFF

Anda boleh membuat semakan bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 one off pada tarikh 9 Disember 2024. Cara pembayaran disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima yang lulus manakala penerima yang lulus tetapi tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Penerima yang berkelayakan akan terima jumlah bayaran SARA One OFF seperti berikut:

  • Isi Rumah: RM300.
  • Bujang: RM150.
  • Warga Emas tiada pasangan: RM150.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Anda boleh semak status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 seperti berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  • Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

BANTUAN SARA 2024 SEMAKAN

Berdasarkan kenyataan daripada Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia, bantuan SARA ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Jadi, semakan status kelulusan atau semak kelayakan boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Untuk makluman anda, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini sebenarnya tidak perlu memohon. Ini disebabkan, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ONE OFF ini sekiranya semakan status adalah lulus.

RUJUKAN

Sumber rujukan artikel ini dipetik daripada Siaran Media Kementerian Kewangan. Sebarang soalan ataupun pertanyaan anda boleh terus berjumpa pihak yang berkuasa di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan. Ataupun boleh juga hubungi di talian bantuan SARA MOF di 03-8882 4565/4566.

3 thoughts on “BANTUAN SARA 2024 SEMAKAN (ONE OFF RM300/RM150)”

Leave a Comment