SARA ONE OFF BUJANG (2024 SEMAKAN STATUS RM150)
Berita terkini! Kerajaan telah mengumumkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah yang akan disalurkan kepada 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar pada penghujung tahun ini!
Bagaimanakah SARA One Off bujang? Sila ikuti info dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL (BANTUAN FASA 1 2025 SEMAKAN)
SEMAK SYARAT SARA ONE OFF BUJANG
Senarai di bawah merupakan syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA yang akan disalurkan secara one-off mengikut kelayakan setiap penerima :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan : RM300;
- Isi Rumah Tunggal : RM300.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF
Untuk makluman, bayaran SARA one-off ini akan dikreditkan ke akaun penerima mulai 9 Disember 2024. Kaedah penerimaan bayaran Bantuan SARA secara one-off pula adalah secara seperti berikut:
- Wang tunai dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Penerima boleh menuntut wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya ‘Status Gagal Kedit’.
SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF BUJANG
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA pembayaran secara one-off, sila rujuk cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150‘.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA,
sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.