PORTAL SEMAKAN SARA ONE OFF 2024 (STATUS BAYARAN BANTUAN RM300/RM150)
Berikutan daripada penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ( STR), kerajaan Malaysia telah melancarkan pula Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai inisiatif untuk meringankan lagi beban rakyat yang memerlukan.
Setiap bantuan yang dihulurkan mestilah mempunyai syarat serta cara penerimaan yang berbeza. Oleh itu, penting bagi penerima untuk mengetahui cara semakan status mereka supaya mereka memperoleh bantuan yang tepat dan mengikut kelayakan.
Bagaimanakah portal semakan sara? Maklumat dan info mengenainya ada terkandung di penjelasan di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA
Syarat-syarat kelayakan bantuan SARA One Off 2024 yang mesti dipenuhi penerima adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan
- Bukan dalam kumpulan Miskin atau Miskin Tegar dalam data e-Kasih
KADAR BAYARAN BANTUAN SARA
Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan SARA yang akan disalurkan secara tunai mengikut kelayakan setiap penerima :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan : RM300;
- Isi Rumah Tunggal : RM300.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Tarikh penerimaan bayaran bantuan ini telah ditetapkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR. Cara pengagihan pula adalah seperti berikut:
- Wang tunai dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Penerima boleh menuntut wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya ‘Status Gagal Kedit’
PORTAL SEMAKAN SARA ONE OFF 2024
Seperti dimaklumkan, penerima sumbangan ini adalah merupakan penerima bantuan STR 2024 maka tiada permohonan baru perlu dibuat. Bagi individu yang ingin menyemak status Bantuan SARA secara One-Off, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti dengan teliti:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh dari Portal Rasmi Bantuan SARA.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu mengenai permohonan bantuan ini, anda diminta untuk menghubungi pihak berwajib melalui saluran berikut:
- Talian Bantuan SARA MOF: 03 8882 4565 / 4566