BANTUAN SARA FASA 1 2025 : SEMAK STATUS BANTUAN (RM1200 & RM900 & RM600)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
Pelaksanaan ini telah ditambah baik pada tahun 2024 supaya dapat memenuhi pembelian keperluan barangan asas dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
Bagaimanakah bantuan SARA fasa 1? Sila ikuti info dan maklumat lanjut di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA
Senarai di bawah merupakan semua syarat kelayakan yang harus ada pada penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN SARA 2025
Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2025 untuk setiap kategori adalah seperti yang telah disenaraikan di bawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) (STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR EKASIH) | JUMLAH BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN EKASIH) |
---|---|---|
Isi Rumah (Ketua Keluarga) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga Emas Tiada Pasangan / Bujang (60 tahun ke atas) | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 600 (RM50 sebulan) | Tiada ( – ) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 1
Seterusnya, pembayaran bantuan SARA 2025 adalah secara ansuran serta berperingkat
mengikut negeri seperti berikut:
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa
ke semasa. Pihak kami akan kemaskini maklumat ini sekiranya tarikh rasmi telah diumumkan nanti.
SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA FASA 1
Kemudiannya, untuk membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2025, setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti
berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENGAGIHAN BANTUAN SARA
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah berbeza seperti berikut:
- Penerima daripada Semenanjung Malaysia:
- Pengagihan secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
- Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan:
- Pengagihan melalui pengkreditan ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]