SEMAKAN BAYARAN SARA (ONE OFF 2024 RM300 & RM150)
Info baru! Kerajaan Madani telah menghebahkan bahawa bantuan tunai tambahan secara one-off bakal disalurkan kepada penerima yang berstatus lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Bantuan ini dikenali sebagai bantuan SARA ONE-OFF atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar secara one-off atau tunai.
Bagaimanakah semakan bayaran sara? Ikuti info lanjut di bawah.
BACA JUGA: SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BANTUAN ONE OFF)
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2024
Senarai syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2024 secara One Off ini adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti di bawah:
- Isi Rumah berpasangan atau tunggal akan menerima RM300.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun akan menerima RM150.
- Warga Emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima RM150.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Kerajaan telah menguar-uarkan bahawa bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 kepada semua penerima yang lulus STR serta bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini bakal disalurkan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh menuntut secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SEMAKAN BAYARAN SARA
Seterusnya, semakan status kelayakan boleh dibuat menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.
Panduan lengkap semakan status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah seperti berikut:
- Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berwajib dibawah ini.
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.