SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2024 (RM300 & RM150)
Umum mengetahui bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menambah lagi bantuan kepada penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Bantuan ini adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tunai ataupun ONE OFF yang akan disalurkan pada akhir 2024 kelak.
Bagaimanakah semakan status SARA? Sila ikuti info lanjut di bawah.
BACA JUGA: SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BANTUAN ONE OFF)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sebagaimana bantuan STR 2024 iaitu:
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR) | JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024 |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Bujang (berumur 21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
Warga Emas Tiada Pasangan (berumur 60 tahun dan ke atas) | RM 150 |
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2024
Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 kepada 8 juta penerima yang lulus STR 2024 dan juga bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar. Bantuan ini akan disalurkan sama seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat untuk mendapatkan secara tunai.
SEMAKAN STATUS SARA
Penerima yang layak menerima bantuan One Off adalah mereka berstatus lulus untuk bantuan STR 2024. Oleh itu, semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR.
Langkah-langkah untuk membuat semakan status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah seperti berikut:
- Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini.
Pihak kami cuma sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan jangkauan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.