SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF (2024 RM300/RM150)

SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF (2024 RM300/RM150)

Baru-baru ini kecoh dengan hebahan daripada pihak kerajaan Madani bahawa bantuan tunai tambahan secara one-off bakal disalurkan kepada penerima yang berstatus lulus. Bantuan ini dikenali sebagai bantuan SARA ONE-OFF atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dibayar secara one-off atau tunai.

Bagaimanakah semakan bayaran SARA one off? Ikuti maklumat lanjut di sini.

BACA JUGA: SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BANTUAN ONE OFF)

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA

Status syarat kelayakan bantuan sara one off 2024 boleh dirujuk seperti berikut:

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  2. Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
  3. Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.

JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF

Kadar jumlah bantuan SARA secara one-off ataupun pembayaran secara sekaligus adalah ditentukan oleh kategori dan kelayakan seperti berikut:

  1. Isi Rumah berpasangan atau tunggal akan menerima RM300.
  2. Bujang berumur 21 hingga 59 tahun akan menerima RM150.
  3. Warga Emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima RM150.

SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF 2024

Seperti kita sedia maklum, penerima yang layak menerima bantuan SARA one-off ini adalah mereka yang lulus dan pernah menerima bantuan STR (berstatus lulus). Semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi STR yang mana status kelayakan akan dipaparkan.

Panduan lengkap untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah seperti berikut:

  1. Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
  11. Selesai.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024

Merujuk kepada siaran media oleh pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.

Bayaran bantuan ini akan disalurkan menggunakan kaedah yang sama seperti bantuan STR iaitu dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh hadir di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menuntut bantuan secara tunai di kaunter.

RUJUKAN

Segala info dan maklumat yang dipaparkan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini bagi memudahkan carian para pengguna. Sebarang pertanyaan dan soalan mengenai bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah:

Talian Bantuan SARA MOF: 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment