SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BAYARAN BANTUAN ONE OFF RM300/RM150)
Terkini! Pengumuman oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula pada 7 November 2024 (Khamis) kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin). Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.
Bagaimanakah sara 2024 semakan? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : LOGIN BANTUAN STR HASIL (FASA 4 2024 SEMAKAN)
SYARAT SARA 2024
Penerima bantuan SARA yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih.
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2023
APA ITU BANTUAN SARA ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One Off adalah bantuan dalam bentuk TUNAI. Berbeza daripada bantuan SARA biasa sebelum ini, dimana bayaran dilakukan di dalam MyKad penerima dan hanya untuk miskin tegar yang di dalam data ekasih. Hal ini kerana, ianya tambahan daripada kerajaan Madani.
Jadi, SARA ONE OFF 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar yang akan disalurkan bayaran mengikut kaedah pembayaran STR.
PENERIMA SARA ONE OFF 2024
Bantuan SARA ONE OFF akan diberikan kepada:
- 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Bermaksud kesemua penerima bantuan STR akan menerima bantuan Sumbagan Asas Rahmah One Off ini termasuk yang miskin tegar.
- Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
TARIKH BAYARAN
Agihan pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 ini bermula pada 9 Disember 2024. Kaedah pengkreditan dilakukan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH BANTUAN
Jadual bayaran SARA One OFF kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR kepada:
Kategori Penerima STR Bukan Miskin dan Miskin Tegar | Jumlah Bantuan SARA One OFF 2024 |
---|---|
Isi Rumah | RM300 |
Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
SARA 2024 SEMAKAN
Penerima boleh mula membuat semakan kelayakan SARA 2024 seperti berikut:
- Sila klik pada pautan rasmi SARA 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘
- Selesai.
BAYARAN SARA 2024
Penerima bantuan SARA bagi negeri di Semenanjung Malaysia, bayaran telah bermula 22 Januari 2024. Bagi penerima di Sabah dan Sarawak pula, bayaran bermula 19 Februari 2024.
Penerima Semenanjung Malaysia akan menerima secara bulanan dan boleh menggunakan wang secara tanpa tunai melalui MyKad penerima. Ini kerana nama dan nombor MyKad penerima yang layak telah direkodkan. Penerima Sabah dan Sarawak pula akan memperoleh wang secara tunai secara 2 peringkat iaitu pada bulan Februari dan Ogos.
RUJUKAN
Sebarang maklumat berkenaan dengan bantuan SARA MyKasih 2024, SARA One-Off boleh terus rujuk kepada pihak yang berwajib di bawah. Di sini kami ingin membuat penafian penulisan ini sekadar berkongsi panduan dan informasi kepada pembaca. Untuk sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Kenapa saya tak layak dapat sara
gaji tinggi
Kenapa tak layak .. tapi Sya dapat STR
Macam mana nak tebus.. Dalam apps str dah lulus tapi bila cek kat apss mykasih maklumat tak ada
Nanti dapat bayaran macam STR. Krajaan bank in
Kenapa saya tak layak sara..saya gaji bawah 1k sebulan..
Kenapa saya xdapat Sara saya berpendspatan rm 1k kebwh
Dekat status str sy lulus sara dan my kasih tp bila check kenapa nama tiada??
Sara lulus.tapi check dekat apps tiada rekod
Anda boleh rujuk di sini : https://semakanbantuan.my/bantuan-sara-one-off/
Sy pun sama juga
saya dikategorikan sebagai miskin tegar, tapi dpt one off 150.. tahun lepas saya dapat 600 bujang.
Adakah saya layak menerima bantuan sara One off 2024. Semakan bantuan sara online
Saya semak lulus.. tapi sampai sekarang tidak masuk dalam akaun bank.
STR ONE OFF RM 350
Maaf RM 300
Asslmualaikum,,,,,Sya tak dpt Bngkul makanan.
Kena kemaskinikh .