SEMAKAN BANTUAN SABAH RM300 : 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAKAN BANTUAN SABAH RM300 : 2025 SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Program Sentuhan Kasih Rakyat telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah sebagai inisiatif untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

Penyelarasan program ini akan dibuat oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan dilaksanakan secara berperingkat. Sasaran pada peringkat awal ini adalah untuk 100,000 orang penerima.

Bantuan ini juga diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada golongan sasar, khususnya sewaktu musim perayaan utama.

Bagaimanakah semakan bantuan Sabah rm300? Ikuti info-info serta maklumat selanjutnya dibawah mengenai bantuan ini.

BACA JUGA: BANTUAN SARA HIDUP 2025

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SABAH

Penerima haruslah mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

JUMLAH BANTUAN SABAH

Bantuan yang dikhaskan untuk rakyat Sabah ini adalah berjumlah sebanyak:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR)
DAN
Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar
RM300
(Sebulan)

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SABAH

Penerima bantuan Sabah ini akan mendapat manfaat bantuan adalah pada:

BANTUANTARIKH PEMBAYARAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
(Bantuan Sabah RM300)
Bantuan Sabah dijangka akan dilaksanakan bermula pada Februari 2025.

Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan nanti, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SABAH RM300

Setakat ini, kerajaan Negeri Sabah belum lagi mengeluarkan maklumat mengenai semakan status dan kaedah penyaluran bantuan Sabah ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang maklumat terkini akan kami kemaskini dari masa ke semasa sejurus hebahan dilakukan.

RUJUKAN

Perkongsian kami disini hanyalah untuk memudahkan capaian pengguna mengenai bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 ini, anda digalakkan untuk merujuk kepada pautan laman rasmi dibawah:

Leave a Comment