SEMAKAN BANTUAN MYKAD : 2025 (RM100 / RM50 SETIAP BULAN)

SEMAKAN BANTUAN MYKAD : 2025 (RM100 / RM50 SETIAP BULAN)

SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Pemberian wang bantuan SARA bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025 untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

Bagaimanakah semakan bantuan mykad? Ikuti maklumat serta info di bawah bagi ketahui lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI LOGIN

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN MYKAD

Syarat kelayakan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah 2025 yang akan disalurkan melalui MyKad adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Kadar bayaran bantuan bagi setiap kategori telah ditetapkan dan penerima boleh rujuk rajah di bawah sebagai rujukan:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN MYKAD

Umum maklum bahawa pemberian wang bantuan SARA akan diagihkan RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan melalui pembelian tanpa tunai. Rujuk rajah di bawah untuk ketahui tarikh pengagihan:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENGAGIHAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD

Para penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian menerusi dua pautan rasmi seperti di bawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment