EKASIH SEMAKAN RM100 : SEMAK STATUS PENERIMA SARA HIDUP SETIAP BULAN 2025
Rakyat yang telah mendaftar dan disahkan lulus akan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai bentuk inisiatif bantuan tambahan kerajaan terutamanya bantuan dari segi ekonomi bagi mengurangkan serba sedikit beban kos sara hidup pada masa kini.
Melalui pengenalan sistem eKasih ini, kerajaan berharap agar dapat serba sedikit menangani isu kemiskinan serta membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia.
Bagaimanakah ekasih semakan rm100? Ikuti info serta maklumat di bawah untuk mengetahuinya denga lebih lanjut.
BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH
SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM100
Beberapa syarat kelayakan dikenakan untuk menerima bantuan ekasih ini supaya penerima yang selayaknya menerima sumbangan ini.
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025
Jumlah yang diberikan adalah bergantung dengan kategori yang telah diluluskan untuk penerima tersebut. Rujuk rajah di bawah untuk ketahui:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
TARIKH PEMBAYARAN EKASIH 2025
Jadual pembayaran bantuan adalah secara ansuran dan berperingkat seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
SEMAKAN STATUS EKASIH RM100
Panduan di bawah merupakan cara untuk membuat semakan. Sila pastikan maklumat yang betul dimasukkan.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Tiada