SEMAKAN BANTUAN RAHMAH : (FASA 1 2025) SEMAK STATUS
Pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini telah menunjukkan betapa komitednya kerajaan dalam membantu rakyat yang tengah menghadapi kegawatan ekonomi.
Hal ini kerana, kerajaan bakal memperuntukkan RM13 bilion berbanding RM10 billion (tahun 2024) untuk program STR 2025 kali ini.
Bagaimanakah semakan Bantuan Rahmah? Ikuti info serta maklumat di bawah mengenai bantuan ini dengan lebih lanjut.
BACA JUGA: SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan telah dikenakan untuk bakal penerima dalam memastikan bantuan disalurkan kepada yang selayaknya. Antaranya adalah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN RAHMAH
Setiap kategori bakal menerima sejumlah bayaran bantuan STR 2025 yang berbeza dengan kategori yang telah diluluskan. Rujuk rajah di bawah untuk semak.
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH SALURAN BANTUAN RAHMAH
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini kelak apabila hebahan telah dibuat.
SEMAKAN BANTUAN RAHMAH
Pemohon disarankan untuk semak status dari semasa ke semasa untuk mengetahui kelulusan kategori yang dipohon. Semakan boleh dibuat dengan ikuti langkah-langkah di bawah:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN
Anda boleh rujuk panduan di bawah untuk melakukan tetapan semula kata laluan sekiranya anda terlupa.
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan jangkauan pengguna.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].
Untuk penjelasan yang lebih jelas, anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.