BANTUAN BUDI MADANI LOGIN : SEMAKAN RM200 2025
Bagi pengetahuan semua, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada golongan yang memerlukan. Hal ini adalah bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat sentiasan terus terpelihara.
Bantuan tunai juga turut diberikan kepada individu terpilih bagi membendung kekusutan menampung kos sara hidup.
Bagaimanakah bantuan Budi Madani login? Sila ikuti info serta maklumat di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN SARA EKASIH 2025
TARIKH BANTUAN BUDI MADANI
Bantuan secara tunai akan diagihkan bermula 7 Ogos 2024 bagi permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Julai.
Manakala, permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Ogos hingga Disember untuk penerima sedia ada, anda akan menerima bantuan tunai mulai 9 September 2024.
Senarai dibawah berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya:
- Lulus 1-31 Ogos 2024 : mulai 9 September 2024
- Lulus 1-30 September : mulai 7 Oktober 2024
- Lulus 1-31 Oktober : mulai 8 November 2024
- Lulus 1-30 November : 6 Disember 2024
- Lulus 1-30 Disember 2024: 7 Januari 2025
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN
Pembayaran bantuan ini akan dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu:
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau;
- Penunaian di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank – sila bawa MyKad anda.
LOGIN BANTUAN BUDI MADANI
Sejurus sahaja membuat permohonan, anda perlu membuat semakan status permohonan jika anda layak atau tidak untuk menerima Bantuan BUDI Madani. Langkah-langkah semakan adalah seperti berikut:
- Layari pautan https://budimadani.gov.my/.
- Klik butang [Log Masuk] di sebelah kanan.
- Masukkan MyKad dengan betul dan klik butang [Semak].
- Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
- Jika betul, sila tekan YA.
- Kemudian, masukkan kata laluan dan klik [Log Masuk].
- Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
- Tekan [Semakan Status].
- Seterusnya, semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat mengenai bantuan BUDI Madani ini adalah dirujuk dalam Portal Rasmi. Jika terdapat sebarang kekeliruan, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di:
- Laman web : https://budimadani.gov.my.
- Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
- Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
- Alamat E-mel : [email protected]
Kenapa saya semak tiada dalam sestem nama saya.sedang kan saya anak jati Sarawak.