SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA JANUARI 2025 (RM100 / RM50)

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA JANUARI 2025 (RM100 / RM50)

Bantuan Asas Rahmah atau SARA di bawah Program MyKasih pada tahun 2025 masih diteruskan ekoran majoriti rakyat memberi respon positif terhadap penyaluran sumbangan pada tahun 2024.

Tambahan, Kerajaan Madani telah bersetuju untuk meningkatkan lagi peruntukan kepada lebih ramai penerima yang layak dengan menyasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima baharu ketimbang tahun 2024 hanya disasarkan kepada 0.7 juta penerima sahaja..

Bagaimanakah semakan bantuan asas rahmah? Ikuti penjelasan di bawah bagi mengetahui info dengan lebih mendalam.

BACA JUGA: BANTUAN BUDI MADANI LOGIN

KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Senarai dibawah merupakan syarat kelayakan yang perlu ada pada penerima untuk bantuan ini:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR BANTUAN ASAS RAHMAH

Jumlah pemberian bantuan adalah berdasarkan kategori penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH PENGAGIHAN

Pembayaran bantuan ini akan diberikan secara berperingkat dan juga ansuran. Rujuk rajah di bawah untuk ketahui:

KATEGORI PENERIMATARIKH PENGAGIHAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Untuk membuat semakan status, terdapat dua pautan rasmi yang boleh dibuat. Rujuk panduan di bawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

2 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA JANUARI 2025 (RM100 / RM50)”

Leave a Comment