SEMAKAN STR FASA 1 LOGIN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Pada era globalisasi ini, segilintir rakyat Malaysia ramai yang menghadapi cabaran dalam menampung kos sara perbelanjaan harian. Hal ini amat diambil serius oleh kerajaan dan telah dibincangkan dalam merangka Belanjawan 2025.
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM13 bilion untuk program STR 2025 yang mana merupakan jumlah peruntukan tertinggi setakat ini untuk program bantuan tunai di Malaysia disasarkan untuk kira-kira 9 juta rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.
Bagaimanakah semakan STR fasa 1 login? Sila ikuti info serta maklumat lanjjut di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN E KASIH 2025
SEMAKAN SYARAT STR
Antara syarat kelayakan yang dikenakan untuk menerima bantuan ini adalah seperti yang disenaraikan dibawah:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN JUMLAH STR 2025
Kadar sumbangan yang bakal diberikan adalah mengikut kategori yang telah diluluskan seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2025 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN FASA 1
Untuk makluman semua, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang maklumat terkini, akan kami kemaskini apabila telah dihebahkan.
LOGIN SEMAKAN STR FASA 1
Bakal penerima perlu membuat semakan status untuk mengetahui sama ada permohonan diluluskan atau tidak berdasarkan kategori yang betul. Ikuti panduan dibawah.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN SEMAKAN STR FASA 1 LOGIN
Set semula kata laluan boleh dilakukan dengan menuruti langkah-langkah di bawah. Pastikan anda catat kata laluan yang baru dibuat.
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah untuk lebih lanjut. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini bagi memudahkan jangkauan pengguna.
- Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566
- E-mel : [email protected].
Anda juga boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda untuk penjelasan lebih jelas.