SEMAK SARA ONE OFF (2024 BANTUAN RM300, RM150)
Info penting! Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian sumbangan dengan menambah lagi bantuan kepada penerima STR 2024 yang mana bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One Off di mana bayaran akan diberi secara tunai kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah semak SARA One Off? Info selanjutnya boleh dirujuk di dibawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)
SEMAK SARA ONE OFF
Umum sedia maklum bahawa penerima sumbangan ini adalah merupakan penerima bantuan STR 2024 dan tidak perlu membuat permohonan lain. Untuk semak status SARA One Off boleh rujuk panduan seperti berikut:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150‘.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF
Jumlah bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sebagaimana bantuan STR 2024 iaitu:
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR) | JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Bujang (berumur 21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
Warga Emas Tiada Pasangan (berumur 60 tahun dan ke atas) | RM 150 |
TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2024
Baru-baru ini, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh bayaran rasmi Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah akan bermula pada 9 Disember 2024, Isnin.
Terdapat dua (2) cara penerimaan bayaran Bantuan SARA secara one-off ini iaitu:
- Wang tunai dimasukkan ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Penerima boleh menuntut wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya ‘Status Gagal Kedit’.
SEMAK SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF
Syarat kelayakan bagi penerima Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
RUJUKAN
Sekiranya terdapat persoalan atau pertanyaan boleh rujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib dibawah ini. Kami cuma sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan jangkauan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF di 03-8882 4565/4566.