LOGIN SARA SEMAKAN ONE OFF 2024 (RM300 & RM150)
Untuk makluman semua, wang bantuan bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberi atau dimasukkan bermula pada 9 Disember 2024. Penerima sumbangan seramai 8 juta individu yang merupakan rakyat dewasa Malaysia ini akan menerima jumlah yang berbeza iaitu antara RM300 atau Rm150.
Bagaimanakah login sara semakan? Sila ikuti panduan dan penjelasan di bawah.
BACA JUGA: LOG MASUK STR HASIL (BANTUAN FASA 1 2025 SEMAKAN)
LOGIN SEMAKAN SARA
Semakan boleh dibuat dengan melayari portal rasmi STR , dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR. Langkah-langkah untuk membuat login semakan status Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 adalah seperti berikut:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini [Portal Semakan SARA ONE OFF 2024].
- Halaman utama portal akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus RM300‘ atau ‘Lulus RM150‘.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Berikut merupakan jumlah bayaran bantuan SARA yang akan disalurkan secara one-off mengikut kelayakan setiap penerima :
- Kelayakan Isi Rumah:
- Isi Rumah Berpasangan : RM300;
- Isi Rumah Tunggal : RM300.
- Kelayakan Bujang:
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH RM300 & RM150
Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF) baru-baru ini menghebahkan bahawa Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh bayaran rasmi bantuan SARA secara one-off (sekaligus) bermula pada 9 Disember 2024, Isnin.
Bantuan bakal disalurkan sama seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat untuk melakukan penunaian.
SYARAT LOGIN SEMAKAN SARA
Berikut merupakan syarat kelayakan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.