BAYARAN SARA BUKAN EKASIH ONE OFF 2024 : SEMAKAN STATUS
Umum telah maklum bahawa kerajaan akan menyalurkan duit Bantuan SARA secara one-off yang melibatkan kadar peruntukan sehingga RM1.7 billion yang mana RM1.0 billion adalah untuk 3.5 juta isi rumah dan RM0.7 billion lagi adalah untuk 4.5 juta golongan bujang.
Kementerian Kewangan (MOF) juga memaklumkan untuk menerima bantuan SARA secara one-off ini, tiada sebarang permohonan perlu dibuat kerana ianya akan disalurkan kepada setiap penerima STR secara automatik khususnya kepada yang bukan penerima bantuan SARA secara ansur.
Bagaimanakah bayaran SARA bukan EKasih? Sila ikuti panduan di bawah untuk mengetahui info lebih lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN STR BUJANG 2025 (CHECK STATUS FASA 1)
SYARAT KELAYAKAN BAYARAN SARA BUKAN EKASIH
Beberapa syarat kelayakan seperti berikut perlu ada pada penerima Sumbangan Asas Rahmah One Off ini:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Bantuan STR 2024;
- Kategori Isi Rumah/ Warga Emas/ Bujang;
- Bukan Penerima SARA secara ansur setiap bulan atau dua kali setahun;
- Tiada dalam rekod data e-Kasih 2024; dan
- Bukan berstatus Miskin atau Miskin Tegar.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA ONE OFF
Kerajaan telah menguar-uarkan bahawa pembayaran bantuan ini bermula pada 9 Disember 2024, Isnin dan juga secara berperingkat kemungkinan selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja dari tarikh yang telah dinyatakan tersebut.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN SARA
Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat melalui akaun bank penerima. Terdapat dua kaedah pengagihan Bantuan SARA:
- Agihan secara tunai: Di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tanpa akaun bank.
- Agihan ke dalam akaun bank: Bantuan akan dimasukkan ke akaun bank penerima atau akaun bank pasangan penerima.
Penerima digalakkan untuk memastikan maklumat akaun bank mereka adalah terkini di sistem MySTR bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran.
JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA yang akan disalurkan secara one-off mengikut kelayakan setiap penerima:
- Kelayakan Isi Rumah :
- Isi Rumah Berpasangan : RM300;
- Isi Rumah Tunggal : RM300.
- Kelayakan Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun : RM150;
- Bujang Umur 60 tahun dan ke atas : RM150.
SEMAKAN STATUS SARA BUKAN EKASIH
Anda digalakkan membuat semakan status bagi memastikan anda menerima bantuan mengikut kategori yang betul. Sila turuti panduan di bawah:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh dari Portal Rasmi Bantuan SARA. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu yang berkaitan dengan bantuan ini, penerima diminta untuk menghubungi pihak berwajib melalui saluran berikut:
Talian Bantuan SARA MOF: 03 8882 4565 / 4566