SEMAKAN STATUS STR 2025 (CHECK PENERIMA BAYARAN)

SEMAKAN STATUS STR 2025 (CHECK PENERIMA BAYARAN)

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 atau singkatannya STR 2025 adalah merupakan program bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Peruntukkan yang telah diberi adalah sebanyak RM13 bilion untuk program STR 2025. Program ini bertujuan untuk membantu kira-kira 9 juta rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

Bagaimanakah semakan status STR 2025? Ikuti panduan dan maklumat di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN STR (2025 SEMAK ONLINE BANTUAN)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2025

Anda boleh semak syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR dengan merujuk langkah-langkah berikut:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan: Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan diberi mengikut kategori seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

SEMAKAN STATUS STR 2025

Untuk membuat semakan status bagi bantuan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, masukkan Nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran terkini pemohon akan dipaparkan.
  10. Selesai.

TARIKH SEMAKAN BAYARAN STR 2025

Walaubagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025 belum diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Sekiranya terdapat maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila dihebahkan.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan carian pengguna. Anda disarankan hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas.

Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566

E-mel : [email protected].

Leave a Comment