SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF (: SEMAKAN STATUS BAYARAN RM300/RM150)
Hari ini! Tarikh 9 Disember 2024 hari ini bermulanya pembayaran bantuan SARA One Off kepada penerima berdasarkan kategori masing-masing. Sumbangan ini disalurkan secara berperingkat kepada 8 juta penerima STR 2024. Bantuan ini merupakan inisiatif baru daripada kerajaan Madani bagi meringankan lagi bebanan rakyat.
Apakah Sumbangan Asas Rahmah One Off? Ikuti info lanjut di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2024 (RM300 & RM150)
SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 adalah bantuan kewangan tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Madani untuk manfaat rakyat Malaysia bagi menghadapi kos sara hidup yang semakin meninggi kini. Bantuan ini disalurkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, termasuk juga mereka yang tersenarai dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
SYARAT KELAYAKAN SARA ONE OFF
Senarai syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
- Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
KADAR JUMLAH BANTUAN SARA ONE OFF
Kadar bayaran bagi bantuan ini adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sebagaimana bantuan STR 2024 iaitu:
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR) | KADAR BANTUAN SARA ONE OFF 2024 |
---|---|
Isi Rumah | RM 300 |
Bujang (berumur 21 hingga 59 tahun) | RM 150 |
Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas) | RM 150 |
KAEDAH BAYARAN SARA ONE OFF
Terdapat dua kaedah pengagihan bagi Bantuan SARA ini:
- Agihan secara tunai: Di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tanpa akaun bank.
- Agihan ke dalam akaun bank: Bantuan akan dimasukkan ke akaun bank penerima atau akaun bank pasangan penerima.
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Seterusnya semakan boleh dibuat menerusi portal rasmi STR, dan status kelayakan akan dipaparkan di laman rasmi STR. Panduan lengkap untuk semakan adalah seperti berikut:
- Sila tekan link semakan SARA one off 2024 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Jika terdapat persoalan atau pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak yang berkuasa dan berwajib di talian ini.
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat ini untuk memudahkan urusan pencarian anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Hotline/ Talian bantuan pihak berkuasa SARA MOF: 03-8882 4565/4566.