BANTUAN SARA ONE OFF (ONLINE 2024 SEMAKAN BAYARAN)
Terkini! Pihak kerajaan Malaysia telah membuat pengumuman yang mengembirakan rakyat Malaysia, dimana Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
Apa itu Bantuan Sara One Off? Maklumat lanjut di sini.
Baca juga : SARA 2024 SEMAKAN.
APAKAH BANTUAN SARA ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One Off adalah bantuan yang disalurkan secara TUNAI. Ianya berbeza daripada SARA biasa sebelum ini, dimana bayaran dilakukan di dalam MyKad penerima dan hanya untuk miskin tegar yang di dalam data ekasih. Hal ini kerana, ianya bantuan tambahan STR FASA 4 2024 daripada kerajaan Madani.
Oleh itu, SARA ONE OFF 2024 ini khas kepada semua penerima STR 2024 dimana yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar yang akan disalurkan bayaran mengikut kaedah pembayaran STR.
SEMAKAN PENERIMA BANTUAN ONE OFF 2024
Penerima bantuan SARA ONE OFF 2024 yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang Sumbangan Asas Rahmah One Off:
- 8 juta penerima STR yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Bermaksud kesemua penerima bantuan STR akan menerima bantuan Sumbagan Asas Rahmah One Off ini termasuk yang miskin tegar.
- Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima sehingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ini selaras dengan keprihatinan Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.
TARIKH BAYARAN
Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan ini, penyaluran bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah One Off 2024 ini bermula pada 9 Disember 2024. Kaedah pengkreditan dilakukan seperti bantuan STR dimana akan dimasukkan secara tunai ke akaun bank penerima manakala yang tiada akaun bank boleh lakukan penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
KADAR BAYARAN
Berikut merupakan jadual kadar bayaran SARA One OFF kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR kepada:
Kategori Penerima STR Bukan Miskin dan Miskin Tegar | Kadar Bantuan SARA One OFF 2024 |
---|---|
Isi Rumah | RM300 |
Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
CARA SEMAKAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Mengikut kepada siaran media Kementerian Kewangan, bantuan ini adalah bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Oleh itu, semakan status kelayakan dan bayaran boleh di lakukan seperti:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : Portal Semakan SARA ONE OFF 2024.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan ‘Lulus‘.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF 2024
Untuk makluman anda, bantuan Sumbangan Asas Rahmah one off ini tidak perlu memohon. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan STR Fasa 4 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terima bantuan SARA ONE OFF ini.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.
Tak boleh check
Cek dkt STR . Bawah tu nnti ada tulis skali. sARA
Bantuan SARA & STR tak masuk lagi
SARA dengan STR dia tak masuk serentak ye tuan² dan puan²..
Sara tu guna cmne yg dpt on off tu?? Xde maklumat
Tak boleh check juga
Kenapa saya tidak pernambuco dapat log masuk.
Kenapa saya tidak pernah dapat log masuk.
Kenapa Sya tak boleh cet sara
Saya dapat bantuan str tkategori bujang api tak dapat bantuan Sara ..