SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BAYARAN SEPTEMBER)

SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BAYARAN SEPTEMBER)

Terkini! Bantuan SARA MyKasih bagi fasa September 2024 telah dikreditkan. Kerajaan memperkenalkan bantuan bernilai RM1,200 kepada rakyat Malaysia yang layak yang tersenarai sebagai golongan MyKasih. Bantuan ini berbentuk bantuan subsidi bersasar dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan dapur di kedai terpilih seluruh Malaysia. Nilai bantuan ini telah bertambah daripada RM 600 pada tahun lalu kepada RM 1,200 bagi setiap penerima. Oleh itu, penerima boleh semak bayaran untuk September ini.

Bagaimanakah sara 2024 semakan? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : LOGIN BANTUAN STR HASIL (FASA 4 2024 SEMAKAN)

SYARAT SARA 2024

Penerima bantuan SARA yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih.

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

PENERIMA SARA

Bantuan SARA 2024 akan diberikan mengikut tiga (3) kategori, iaitu:

  • Isi Rumah – RM 1,200
  • Warga Emas/Tiada Pasangan – RM 1,200
  • Bujang – RM 600

Bantuan ini akan diberikan secara berperingkat iaitu RM 100 setiap bulan selama 12 bulan.

SARA 2024 SEMAKAN

Penerima boleh mula membuat semakan kelayakan SARA 2024 seperti berikut:

  1. Layari portal https://mykasih.com.my/.
  2. Klik pada butang [SEMAK STATUS] untuk semakan SARA.
  3. Masukkan no. MyKad yang betul tanpa [-].
  4. Kemudian, klik butang [Semak Status].
  5. Status penerimaan SARA September akan dipaparkan.
  6. Selesai.

BAYARAN SARA 2024

Penerima bantuan SARA bagi negeri di Semenanjung Malaysia, bayaran telah bermula 22 Januari 2024. Bagi penerima di Sabah dan Sarawak pula, bayaran bermula 19 Februari 2024.

Penerima Semenanjung Malaysia akan menerima secara bulanan dan boleh menggunakan wang secara tanpa tunai melalui MyKad penerima. Ini kerana nama dan nombor MyKad penerima yang layak telah direkodkan. Penerima Sabah dan Sarawak pula akan memperoleh wang secara tunai secara 2 peringkat iaitu pada bulan Februari dan Ogos.

RUJUKAN

Sebarang maklumat berkenaan dengan bantuan SARA MyKasih 2024, boleh terus rujuk di:

2 thoughts on “SARA 2024 SEMAKAN (CHECK BAYARAN SEPTEMBER)”

Leave a Comment