SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH : 2025 (RM1200 & RM900 & RM600)

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH : 2025 (RM1200 & RM900 & RM600)

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup pada masa kini.

Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024 yang lalu, dengan menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Bagaimanakah semakan status SARA MyKasih? Ikuti info dan panduan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

BACA JUGA: BANTUAN TUNAI RAHMAH : SEMAKAN STATUS FASA 1 2025

SEMAK SYARAT KELAYAKAN SARA 2025

Berikut di bawah merupakan syarat kelayakan bagi penerima bantuan SARA 2025 di bawah Program MyKasih yang perlu ada pada penerima:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025

Pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap
kategori adalah seperti yang telah disenaraikan:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 1,200
Warga Emas : RM 1,200
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

SEMAKAN TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Kemudiannya, pembayaran bantuan SARA MyKasih adalah secara ansur serta berperingkat mengikut negeri adalah seperti di bawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
Januari hingga Disember 2025
Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025
Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH

Bagi membuat semakan status sebagai penerima Bantuan Sara pada tahun 2024 pula,
setiap individu yang telah memohon boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti
berikut :

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:

Leave a Comment