EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS : SEMAK SARA (RM1200 & RM900 & RM600)
Sehingga kini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam inisiatif menangani isu kemiskinan di Malaysia, termasuklah dengan memperkenalkan sistem eKasih bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Antara bantuan yang layak diperoleh melalui pendaftaran eKasih adalah bantuan
MyKasih/SARA dimana kategori penerima bantuan ini adalah mereka yang berstatus
miskin/miskin tegar yang tercatat dalam pangkalan data eKasih.
Bagaimanakah eKasih 2025 semakan status? Sila lanjutkan pembacaan anda ke bawah untuk mengetahui info dan maklumat lanjut.
BACA JUGA: SEMAKAN STATUS STR 2025 (CHECK PENERIMA BAYARAN)
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN EKASIH 2025
Antara syarat kelayakan bagi penerima bantuan Program MyKasih 2025 yang telah diselaraskan oleh kerajaan ialah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH
Seterusnya, tarikh pembayaran bantuan MyKasih adalah secara ansuran serta berperingkat
mengikut negeri seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima miskin & miskin tegar | Semenanjung Malaysia: Januari hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: Februari dan Ogos 2025 |
Penerima bukan miskin | Semenanjung Malaysia: April hingga Disember 2025 Sabah & Sarawak: April dan Disember 2025 |
Catatan: Walaubagaimanpun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa
ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.
KADAR JUMLAH EKASIH 2025
Jumlah pemberian bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih 2025 bagi setiap kategori adalah berbeza setiap kategori seperti di bawah:
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR JUMLAH (RM) |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Miskin & Miskin Tegar) | Isi Rumah : RM 1,200 Warga Emas : RM 1,200 Bujang : RM 600 |
Penerima Baharu (Bukan Miskin) | Isi Rumah : RM 900 Warga Emas : RM 450 Bujang : RM 0 |
EKASIH 2025 SEMAKAN STATUS
Kemudiannya, pemohon yang ingin membuat semakan status bantuan eKasih 2025, boleh semak di dua (2) pautan rasmi seperti berikut :
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami sekadar berkongsi informasi mengenai bantuan kerajaan yang terkini bagi
memudahkan jangkauan orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau
pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti
di bawah:
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
Susah nak dapat