EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 telah dilakukan beberapa penambah baikan seperti penyaluran bantuan telah diperluas sehingga ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding pada tahun sebelumnya hanya di neger-negeri semenanjung sahaja.

Selain itu, penyaluran bantuan pula adalah secara bulanan berbanding pada tahun 2024, penyaluran hanya berlaku dua kali setahun sahaja kepada penerima yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanakah eKasih? Ikuti maklumat lanjut dibawah.

BACA JUGA: LESEN PERCUMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Kelayakan penerima adalah perlu supaya bantuan yang disalurkan adalah kepada yang berkelayakan sahaja. Syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin e-Kasih dalam rekod data e-Kasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025

Jumlah bantuan yang disalurkan adalah berbeza bagi setiap kategori. Rujuk rajah dibawah untuk ketahui:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Penerima akan menerima bantuan ini berdasarkan jadual di bawah:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENYALURAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Penerima yang ingin membuat semakan, boleh rujuk dua panduan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

2 thoughts on “EKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA”

Leave a Comment