E KASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

E KASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

Kerajaan Madani pada tahun 2025 ini telah menaikkan peruntukan bantuan SARA dan juga STR kepada tahap yang paling tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.

Hal ini secara tidak langsung turut menaikkan jumlah bantuan kepada rakyat berdasarkan kategori masing-masing iaitu isi rumah, warga emas dan juga kategori bujang.

Bagaimanakah E Kasih? Sila teruskan pembacaan untuk mengetahui info serta maklumat lanjut.

BACA JUGA: LESEN PERCUMA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Senarai dibawah merupakan kriteria yang perlu ada pada penerima bantuan iaitu:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

KADAR BANTUAN E KASIH 2025

Setiap kategori telah ditetapkan kadar bantuan yang akan disalurkan. Rujuk rajah dibawah untuk semakan.

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

TARIKH BANTUAN DISALURKAN

Sumbangan Asas Rahmah ini disalurkan bermula pada:

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PENGKREDITAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan nanti.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN E KASIH

Penyaluran bantuan kepada penerima adalah menggunakan kaedah seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS PENERIMA E KASIH

Status penerima boleh membuat semakan status dengan melayari dua pautan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Semua perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Leave a Comment