SARA 2024 ONE OFF : SEMAKAN STATUS (RM300/RM150)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini merupakan bantuan tambahan yang diumumkan kerajaan untuk meringankan beban golongan isi rumah, warga emas, dan bujang yang layak. Program subsidi bersasar ini telah ditambah baik oleh kerajaan dan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.
Sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat pada 7 November lalu kepada 8.7 juta penerima berdasarkan kategori kelayakan penerima tersebut.
Bagaimanakah SARA 2024? Untuk mengetahui selanjutnya boleh ikuti info dan panduan di bawah.
BACA JUGA: LOGIN BANTUAN STR HASIL (FASA 4 2024 SEMAKAN)
SEMAK KELAYAKAN SARA 2024
Syarat kelayakan yang mesti dimiliki penerima sumbangan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan
- Bukan dalam kumpulan Miskin atau Miskin Tegar dalam data e-Kasih
JUMLAH BAYARAN SARA 2024
Bantuan SARA dibahagikan mengikut kategori penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | 300 |
Warga Emas tanpa pasangan | 150 |
Bujang | 150 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN
Kerajaan telah menguar-uarkan bahawa bantuan ini akan dibayar bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan semakan bayaran boleh dilakukan di Portal Rasmi MySTR. Pengagihan akan dilakukan secara berperingkat melalui akaun bank penerima.
Pembayaran bantuan ini akan disalurkan secara terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh menunaikan bantuan ini di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan untuk pengesahan.
Penerima digalakkan untuk memastikan maklumat akaun bank mereka adalah terkini di
sistem MySTR bagi mengelakkan sebarang kelewatan pembayaran.
SARA 2024 ONE OFF SEMAKAN STATUS
Kementerian Kewangan Malaysia telaj menjelaskan bahawa bantuan SARA ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR 2024. Oleh itu, semakan status kelulusan atau semak kelayakan boleh dilakukan seperti berikut:
- Sila klik pada pautan rasmi Bantuan SARA One Off di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
RUJUKAN
Semua maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh dari Portal Rasmi Bantuan SARA. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau isu yang berkaitan dengan bantuan ini, penerima diminta untuk menghubungi pihak berwajib melalui saluran berikut:
Talian Bantuan SARA MOF: 03 8882 4565 / 4566