SEMAKAN BANTUAN BANJIR RM1000 (TERKINI 2024 NADMA)

SEMAKAN BANTUAN BANJIR RM1000 (TERKINI 2024 NADMA)

Info terbaru! Ekoran bencana alam yang melanda sekarang, Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM 1,000 akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana banjir, sudah berpindah atau berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Seterusnya, info berikut disertakan mengenai maklumat lengkap Bantuan Wang Ihsan banjir NADMA sebagai panduan dan rujukan semua.

Bagaimanakah semakan bantuan banjir rm1000? Ikuti maklumat lanjut di sini.

BACA JUGA: SEMAKAN STR (2025 SEMAK ONLINE BANTUAN)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BANJIR RM1000

Kelayakan bagi memohon Bantuan Wang Ihsan (BWI) banjir ini perlulah memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang merupakan warganegara Malaysia yang berpindah / berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
  2. Pemohon mestilah terjejas akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, dan lain-lain.
  3. Setiap permohonan perlu disahkan oleh Pegawai Daerah bagi memastikan mangsa benar-benar terjejas.

JUMLAH BANTUAN WANG IHSAN BANJIR NADMA

Bagi pemohon yang layak, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bagi satu rumah akan menerima RM1,000 tanpa mengira bilangan ahli keluarga. Kelayakan untuk BWI bagi bencana banjir hanya diberi sekali dalam satu musim bencana yang diisytiharkan. Jika bencana berlaku lebih daripada sekali, tiada bantuan tambahan akan diberikan.

PERMOHONAN BANTUAN BANJIR RM1000

Permohonan perlu dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.

  1. Bagi mereka yang berpindah ke PPS, pendaftaran BWI tidak diperlukan kerana senarai nama akan dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pejabat Daerah. Oleh itu, ketua isi rumah boleh berhubung dengan petugas di PPS.
  2. Bagi mereka yang terkesan dengan banjir tetapi tidak berpindah ke PPS, permohonan perlu dilakukan melalui ketua masyarakat atau Pegawai Daerah. Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah serta Pengerusi JPBD.

Nota: Permohonan hanya dibuat secara manual. Tiada permohonan secara dalam talian.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN

Berikut merupakan dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan bantuan banjir NADMA:

  1. Mereka yang mendaftar ke PPS (PUSAT PINDAHAN SEMENTARA) dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan, kerana urusan akan diuruskan oleh JKM.
  2. Mereka yang tidak berpindah ke PPS atau telah mendaftar ke PPS tanpa pengenalan, perlu mendaftar dan membuat pengesahan dengan ketua masyarakat. Salinan kad pengenalan, dan bukti kerosakan akibat bencana perlu disediakan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini supaya memudahkan capaian orang ramai.

Talian Bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) : 603 8870 4800
Portal Rasmi : https://www.nadma.gov.my/bm/awam/bantuan/bantuan-wang-ihsan
e-Mel : [email protected]

9 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN BANJIR RM1000 (TERKINI 2024 NADMA)”

    • Nak tanya..sampai bila nak kena tunggu WbI bantuan banjir Rm1000…ada yang dapat. Ada yang belum dapat…kalau dapat sebelum raya ni ok la..ringan sikit beban mangsa banjir..daerah tumpat lambat dapat..jajahan lain ada yang dapat awal..mohon pihak atasan ambil maklum berkenaan perkara ni.

      Reply
  1. Mangsa banjir di taman aman dan mawai pada 10/1/2025
    Kami sehingga sekarang tiada dapat bantuan RM 1000.
    Ingin bertanya bila bantuan ini di di beri pada kami atau tiada bantuan
    Untuk mangsa banjir

    Reply
  2. Assalamualaikum saya pun masih belum dapat juga bantuan banjir rm1000 tu sy harap akan dapat sebelum raya

    Reply

Leave a Comment